barangkali soalan yg sering diutarakan oleh guru2, ahli keluarga dan rakan taulan yg menetap di malaysia..
nak juga tengok tempat2 yg menarik di jepun..
nak juga tahu perkembangan ayep kat sane..(opps! jgn geli..tuh name panggilan manje..haha~)
mengapa? mungkin mengikut orang, lain pandangan dan pendapat..begitu juga dengan saya,saya juga mempunyai pendapat peribadi..
ya, sememangnya tidak salah untuk post gambar2 tempat yang kita pergi ataupun makanan2 yg sedap terutamanya..
namun, secara jujurnya kadang2 terdetik di hati suatu perasaan seakan-akan menunujuk-nunjuk kepada orang..dan secara tidak langsung juga menimbulkan perasaan cemburu kepada orang lain..
"wah,bestnya jepun!"
"bestnya belajar di negara orang"
itu antara komen2 yg biasa diterima..mungkin pada diri kita ianya hanyalah biasa2 sahaja, akan tetapi pada orang yg melihatnya merasakan betapa mewahnya orang yang belajar di luar negara..berjalan sana sini..makan makanan yg sedap2 dan mahal2..
cuma pada pendapat peribadi, tidakkah kita mempunyai satu sentimen ataupun perasaan yang mana sedang kita seronok berjalan2 makan angin, terdapat insan2 yang sedang menderita..tidak cukup makanan..apakah perasaan mereka?
tatkala membaca post ini, mungkin ada yg merasakan pemikiran saya sungguh kolot..maaf! cuma adakalanya saya tersedar, bagaimanakah yang dikatakan pemikiran junjungan nabi kita Muhammad s.a.w? tatkala ajal datang menjemput baginda, baginda masih lagi mempunyai kerisauan pada umat baginda..
apa yang ingin cuba disampaikan ialah pemikiran secara menyeluruh yakni memikirkan keadaan orang lain..
cukuplah gambar2 yang kita ambil sekadar kenangan untuk diri kita ataupun untuk dikongsikan kepada golongan yang terdekat dengan kita seperti ahli keluarga dan sahabat karib..
wallahhu'alam..sekadar berkongsikan pendapat..tidak semestinya betul ya! terpulang kepada diri sendiri untuk menilai.. :))
bertimbang rasalah ;))
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih atas pendapat. Alhamdulillah, kerana sering berfikirkan mengenai yang lain dalam mensyukuri perjalanan hidup ini ^^
Memang benar dan berniat baik apabila tidak mahu memaparkan dengan kerisauan menimbulkan rasa sedih atau kekurangan pada orang lain, tetapi harap-harap ini tidak menghindari diri Arief drpd berkongsi apa-apa infoe menarik dan penting tempat-tempat yang pernah dilawati.
Contohnya, amat bergune bagi para Muslimin Muslimat lain jika Arief dpt berkongsi maklumat tempat-tempat seperti Masjid-masjid yang ada di Jepun, tempat-tempat yang menyediakan makanan halal bagi pelawat beragama Islam, serta bagaimana penerimaan orang tempatan terhadap umat Islam.
Perkara terakhir ini amat penting, terutamanya untuk Muslimah, kerana berbanding seorang lelaki Muslim, para wanita Muslimah lebih ketara dengan pemakaian hijab yang wajib ke atas kami, di mana para lelaki Muslim jarang difikirkan sebagai Muslim sehinggalah diberitahu sama ada dia 1) berasal dari negara majoriti Muslim 2) dia seorang Muslim 3) Memakai pakaian yang sering dikaitkan dengan negara Arab dan Islam (cthnya ala2 sheikh, atau berserban, berkopiah)
Moga perkongsian melalui komen ini dapat merangsang Arief untuk berasa kurang serba salah untuk berkongsi maklumat tempat-tempat lawatan.