ya Allah,
ku ingin berubah,
namun semuanya hanya sekerat jalan..
pabila ku mendapat semangat melaksanakan perintahMU,
bila diuji sedikit sahaja, lalu luntur semuanya..
ya Allah,
Kau kurniakn kpd ku rakan2 yg sentiasa mengingatkn ku pada jalanMU,
tetapi hati ini lebih sayangkn dunia, maka hati ku ini menjadi buta,
tatkala diri ini merasakan kebahagian,
jiwaku sebenarnya kosong tanpaMU..
ya Allah,
tapi ku tetap yakin akan kehadiranMU,
ku mohon taufik dan hidayah dr MU,
tidak akn ku putus asa terhadap redhaMU,
ku sedar diri ku ini ketandusan kasih dr MU,
ya Allah,
sesungguhnya Kau berikan ape yang diperlukan oleh diriku ini,
namun, apabila ku dapat sesuatu kebaikan,
sering kali ku melupakannya,
akan tetapi, pabila dalam kesusahan,
barulah, ku mencari Mu sebagai tempat luahkn perasaan yang sayu,
ya Allah,
pabila melihat maksiat yang berlaku di depan mata,
tidak ade sedikit pun rasa ingin mencegahnya,
lemah sungguh hati ini,
sesungguhnya pintu taubatMu sentiasa terbuka luas,
namun jarang sekali ku mengambil kesempatan atas peluang itu,
terasa diri ku ini sombong skali,
tidakkah diriku ini tidak bersyukur atas nikmat kurniaanMu..
ya Allah,
berikanlah aku kekuatan untuk membawa diriku ini sentiasa berada di jalan MU,
jadikan lah hal keduniaan itu sekadar di tanganku,
masukkanlah hal ukhrawi itu dalam hatiku,
peringatkanlah daku tatkala ku alpa,
jauhkanlah diriku dari perkara maksiat,
sesungguhnya ku tahu ku x mampu menjadi sehebat para RasulMu,
sekuat para sahabat dan para tabii' tabii'n,
sekurang-kurangnya jadikanlah aku dalam kalangan hambaMu yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup ku....
AMIN!!
buat diri yang baru mengorak langkah mencari hala tuju hidup yang hakiki..=)
No comments:
Post a Comment