Islamic Widget

Wednesday, September 25, 2013

aku insan yang lemah


ingin sungguh ku luahkan segalanya,
namun apa guna nya?
sekiranya diluahkan pada yang bukan sepatutnya, 
bukankah sudah cukup yang satu tiada duanya..

aduhai hati ini kotor sungguh, 
tatkala ditimpa musibah ku mengeluh,
dikurniakan rezki pun ku mengeluh,
apalagi yang tidak penuh?

biarpun langkah ini tidak laju, 
cuma lakukan apa yang termampu,
kesilapan itu pasti berlaku,
namun, jangan takut untuk maju

biarkan orang mengata, 
sampai bila mahu jadi hamba?
biarkan orang mencerca,
sampai bila mahu termakan suapan kata2 nista?

bukan ingin mengata diriku hebat belaka,
tapi aku ingin berhenti berdusta..
apa guna namaku disanjung penduduk dunia,
sekiranya namaku tertera di pintu neraka..

biar diumpat oleh ribuan orang,
yang haq aku terima dengan tenang,
kerna aku x mampu puaskan hati semua orang,
bila sudah penat dengan sendirinya ia hilang,

aib mu bukan ingin aku teropong,
tapi apa guna nya kata2 dengan tindakan yang kosong?
andai benar di benak jiwa ingin menolong,
mengapa harus mengeluarkan kata2 bohong?

diam bukan bermaksud aku mengalah,
bukan juga bermaksud membiarkan kau bermegah,
kerna jika ditegur benda yg benar dikatakan salah,
jadi aku hanya ingin elakkan punca berbalah.

biar diri dibenci semua orang,
asalkan diri ini Allah sayang..

wallahhu'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...