Islamic Widget

Friday, July 5, 2013

terkesan dengan suasana di jepun

alhamdulillah..sudh menjangkau usia setahun lebih berada di bumi sakura..bersyukur sangat2 tatkala mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di negara orang dengan bantuan biasiswa..

pada mulanya, banyak juga bermain di minda, adakah aku membuat keputusan yang betul? ya Allah, susah nya..itulah rintihan yg sering kali bermain di bibir..sering mengeluh, barangkali tidak berusaha.. usaha yang sedikit, tetapi inginkan hasil yang baik, sedangkan usaha hanyalah melepaskan batuk di tangga..apa pun x boleh..;((

namun, dalam meniti arus kehidupan sedikit demi sedikit, aku mula mempelajari sedikit demi sedikit apa erti kehidupan yang sebenar..through common sense, observation, and etc..benda yang mungkin barang kali tidak mampu di gapai melalui pembelajaran di dalam kelas, tetapi melalui liku-liku kehidupan di sini.. frankly to say, di jepun, aku belajar banyak perkara, yg mungkin sedikit sebanyak menjadi catalyst kepada kematangan diri untuk menjadi seorang yang dewasa..tapi dewasa x dewasa sangat laaa....

pada awal kedatangan ke jepun, paling ketara ialah x reti memasak.. haha~ apakan daya, anak lelaki! *ceh, alasan semata-mata.. sekarang pun sama je..tp ade lah sedikit improvement kate orang..orang negeri yang sememangnya peminat makanan yang pedas, bila time masak ikut diri sendiri, maka meranalah housemates yang menjadi mangsa tukang masak tatkala masak ikut taste sendiri..haha~ namun, secara tersiratnya, aku dapat mencungkil sesuatu pelajaran yang mungkin orang lain tidak sedar..

apabila kamu membuat sesuatu perkara, maka bukan sekadar memikirkan diri kit, akan tetapi fikirlah juga apa kesannya kepada orang lain ataupun yang berada di sekitarnya..

kemudian, apabila duduk serumah dengan rakan2, aku barangkali suka mengadu domba dengan orang lain mengenai housemates.. terutamanya bab memasak.. sering kali mengadu si A punye turn memasak, tapi asyik ponteng je..sedangkan,wajarkah aku berbuat demikian? tidakkah aku paham keadaan si A itu? adakah si A saje2 nak ponteng?

hmmm..kemudian, apabila terbaca satu post di fb, housemates dan juga keadaan di rumah merupakan refleksi diri kita..tatkala direnungkan kembali, benar! kenapa rumah bersepah? sebab sama pemalas.. kalau kita rajin, mungkinkah rumah itu bersepah? #quoted 
kalau dicerminkan pada diri sendiri, sendiri masak x sedap, ada hati nak komplain orang lain xnak masak..haha~

keadaan ini mengajar aku apa itu toleransi dalam membina sebuah suasana yang harmoni di rumah dan juga memahami keadaan orang lain..dalam erti kata lain, meletakkan diri di situasi rakan..jika tidak ada toleransi dan tidak cuba menyelami situasi seseorang, maka hilanglah cahaya kemesraan di rumah! 

seterusnya, apabila melihat kawan2 membuat kesalahan, maka lidah ini laju seperti halilintar, mentertawakan serta mengutuk rakan sendiri.. diibaratkan seperti hobi,namun apabila terkena di batang hidung sendiri, mulalah rasa tidak puas hati dan dendam bertakuk di dalam hati nurani..tengoklah, aku akan balas balik nanti detik di hati.. secara sedar dan tidak sedar, wujudlah tompok2 hitam dalam hati,sehinggakan tidak ada satu perkara yang baik pun, bah kan hanya perkara buruk sahaja yang mampu dilihat pada si polan..alangkah, busuk dan kotor nya hati ini.. bila melihat orang yang lebih baik dalam kalangan rakan2, barulah terbuka dek minda,hati dan jiwa..sengaja aku menguji si B utk mengumpat si polan, maka si B menjawab,

biarlah, benda tu sedikit pun x ganggu aku pon.. orang buat benda xbaik, x semestinya kena balas dengan benda yang sama jugak.. tengok contoh teladan Rasulullah, ha... yang ni try carik sendiri..gulp!!! terpempan sat.. nampak sangat xkhatam sirah Baginda s.a.w..sejak dari tu, aku cuba tabahkan hati, sedaya upaya mengawal percakapan iaitu lidah ini, namun still same..ya Allah, lemahnya iman ini.. 

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....

kalau xsilap, dipetik dari kata2 imam al-ghazali, benda yang paling tajam adalah lidah! benar sekali!

perumpamaan iman umat akhir zaman ini diibaratkan seperti senipis kulit bawang..

ini muka poyo! study for exam..hihi~
dulu diri ini x mengenal apakah itu bulatan gembira or happy circle..frankly to say, pada pendapat diri ini, x ade beza pon orang yang join dengan aku ni..bila ditanya apa yang korang buat, ringkas sahaja jawapan dr seorang sahabat, tadarus je..lantaran dek hati yang kotor, ek'eleh, kalau setakat tadarus, bace sendiri pon boleh detus hati..

bila berpijak di bumi matahari terbit, melihat kemanisan ukhwah yang terbina antara ahli2nya, timbul rasa cemburu yang meninggi dalam jiwa.. apa yang membuatkan terjalinnya ukhwah yang sebegitu hebat pada pandangan aku.. walaupun datang join happy circle sebagai seorang penentang pada awalnya, ya Allah, adakah ini yang dipanggil sebagai happy circle?? astaghfirullah.. alangkah jelas kelihatan di hati ini penuh dengan prasangka dan niat yang jahat..

dipetik dari kata2 sahabat, kamu tidak akan dapat kefahaman tentang sesuatu, sehinggalah kamu melakukannya sendiri..
theorically, ibarat kita belajar maths, tidak membuat latihan, adakah kita mampu memahami dan mampu menerangkan nya semula?

the true understanding will not come until we did it by ourselves repeatedly.. wallahhu'alam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...