ini bukan cerita kena tahan polis mahupun disaman oleh polis yea!! tengah duduk lepak2, teringat ana masa zaman kecik2 dulu.. main "POLICE and thieves"..actually, dulu ingat name permainan dia "police entry"..hihi~ nak buat guaner, kanak2 hingusan kot masa tu, main follow je ape yang ditangkap dek telinga nih..entah betul ke tidak, tak check pon..
"akan tetapi, dalam ibadah kite kenalah check betul2 supaya kita tahu akan makna atau maksud kita beribadat..in other words, beramal dengan ilmu dan bukannya beramal dengan ikut-ikutan"
ana tertarik dengan kisah seorang polis dengan ketua pegawai polis ketika seorang sahabat berkongsi cerita..
sangat ringkas, akan tetapi memberi impak yang mendalam buat diri ana..
diceritakan bahawa ketua pegawai polis itu telah digantung bekerja selama beberapa bulan oleh sebab2 tertentu..dahulunya, ketua pegawai polisnya suka berpenampilan kemas yakni sentiasa mencukur misai dan janggut beliau..jadi, bila tempoh penggantungan kerjanya telah tamat, maka, beliau pon kembali ke tempat kerja nya seperti sebelumnya..akan tetapi, dengan sedikit penampilan yang berbeza iaitu dengan berkumis tebal dan janggut yang panjat..
tatkala, beliau ingin memasuki pejabatnya, maka, beliau telah dihalang oleh anak buahnya..anak buahnya bertanya,"siapa kamu? kamu tidak dibenarkan masuk!" dengan nada yang agak tinggi dan kasar..namun, beliau pun memberi arahan kepada anak buahnya supaya menjaga perlakuan dan perkataan yang diucapkan tanpa memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar..maka dengan ego yang tinggi sebagai seorang polis, anak buahnya membalas, "tahukah kamu siapa aku?aku seorang polis dan mempunyai kuasa di sini..aku boleh menahan kamu atas sebab memperlekehkan arahan daripada seorang polis"lantas, pegawai polis itu menunjukkan kad kerjanya kepada anak buahnya itu..
maka, bibir membeku lidah tekelu
daripada ego yang tinggi bertukar menjadi rasa rendah diri
seperti jurang yang terbina antara langit dan bumi
setelah mengetahui dengan siapa dia sedang bercakap dan meminta maaf..setelah itu, maka, tunduk dan taatlah anak buah itu tadi atas segala perintah mahupun arahan yang dikeluarkan oleh ketuanya tanpa membantah walaupun dengan sepatah kata..
kerana apa? kerana anak buah tersebut sedar bahawa dirinya hanya lah orang suruhan!!
Allahhuakkbar!!!
begitulah kisahnya, apabila org suruhan tidak mengenal org atasan nya..apabila diberikan arahan, maka sudah tentu kita tidak akan patuh mahupun mendengarnya jika kita tidak tahu dari siapa yang memberi arahan terhadap kita..
bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi peringatan buat diri ana juga ;)
jadi, apakah rasioanalnya??
rasionalnya ialah seperti hubungan kita dan sang pencipta kita, ALLAH ya Rabb!
jika kita masih melakukan apa yang dilarang oleh Allah,
jika kita masih meninggalkan apa yang disuruh Allah,
hakikatnya, kita masih tidak mengenal siapa pencipta kita!!
kerana.....
apabila kita mengenal siapa ALLAH,
maka segala perintah dan larangannya pasti kita akan turuti..
apabila kita sayang pada Allah dan rasulNYA,
maka sunnah itu diamalkan dalam kehidupan seharian..
tatkala susah dan senang,
di kala langit dihiasi dengan pelangi ,
mahupun badai yang ganas menghempas pantai,
tadahlah tangan dan memohon pertolongan dan apa sahaja dariNya dengan penuh rasa rendah diri
that's the great difference between the creator and the creation!!
the creation: human being
when we demand somethings for the first time, they will give and feel pleasure to help us..
when we demand same things for the second time, probably, they will help us but not with the full of their heart..
when we demand the other things for the third time and above, they will start to feel uneasy with us and try to make a gap between us
or
they will criticize because of unable to stand by own feet!
but...
the creator: Allah azza wa jalla
said...
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah, 2:186)
"Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahwasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahwasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)." (Surah Al-A'râf , 7:55-56)
let's think and make a judgement about ourselves!! ;)