Islamic Widget

Sunday, December 16, 2012

paSswOrD?? nO nEEd, oK!

password?? 
of course diperlukan untuk kita log in ke pelbagai rangkaian2 laman sosial dan lain2 lagi..

tujuan? 
untuk protect akaun kite dari dicerobohi oleh orang lain..

agenda lain? 
tak lain dan tidak bukan adalah untuk protect rahsia segala aktiviti2 kita, bukan?..
facebook, twitter, myspace, mixi, friendster, netlog...dan macam2 lagi lah kan..

absolutely, kita rase segan berbaur rasa malu kalau orang lain tahu apa yang kita buat kan..especially, kalau chat dengan "si dia" dengan "ayat-ayat cinta"..kalau kantoi, confirm rasa macam tak nak keluar dari rumah sudah..hihi~

BUT,,,we always forget that..

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. [49: 18]


Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan. [06: 03]


Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. [24: 64]


GULP!

Allah knows what we are doing! everytime! everywhere! thats what we called as CCTV 24 hours! CCTV 30 days! CCTV 12 months! CCTV until we dead! all are recorded! 
in the others words, Allah does not need our passwords to know either our secrets or what we did! subhanAllah! Maha Suci Allah..
 so, what we're gonna to do, sis n bros? fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah..sebelum kita berbuat sesuatu, fikirkan lah baik dan buruknya..

adakah orang lain akan menyukai apa yang kita buat??                                                        NO! this is not the priority!! 

 adakah Allah akan menyukai apa yang kita buat?? 
YES! this question should be our most priority!!

ingin ana kongsikan sebuah cerita yang mana ketika ana sedang berborak-borak dengan seorang abang W yang sedang buat PhD di jepun.. di jepun terdapat satu culture yang mana dipanggil sebagai 飲み会(nomikai), yakni majlis minum-minum..bukan seperti yang kalian fikirkan, ianya adalah majlis minum arak (yang dalam bahasa kasarnya, air kencing syaitan).. jadi, ketika berborak-borak dengan abang W ni, abang W cerita bahawa sensei nya tidak berapa suka sangat dengan dia..maka, ana pun bertanyalah,

ana: kenapa abang W? abang ada buat salah ke?

abg W: bukan ada buat salah pun..abang selalu diajak oleh sensei abang pergi ke nomikai, dan abang jugak selalu tolak invitation sensei abang..mungkin itu sebabnya kot..

and then, ayat last abg W..
biarlah orang lain tidak suka akan diri kita, tapi biar Allah sentiasa suka dekat kita, betul tak?
panggg!! ana rasa betul-betul tersentap dengan ayat abg W yang terakhir nih..lalu ana hanya mampu tunduk dan mengangguk sahaja tanda mengiakan bait-bait kata abg W.. mashaAllah.. terkedu ana.. bibir membeku, lidah terkelu! (oppsss! over pulak..hihi~)

hebatnya apabila penghayatan konsep ihsan itu ada dalam diri seseorang..ana? ikhwah2 dan akhwat2 sekalian? macam mana penghayatan kita terhadap konsep ihsan yea? hurm, tidak perlu jawab, pandang cermin, soal diri kita sendiri..

in short, ALL OF US ARE BEING WATCHED BY ALLAH SWT every second, every minute, every hour, every day, every month, every year..please be carefull what we want to do!

selamat beramal :)



*note : konsep ihsan ialah seolah-olah kita melihat Allah, ataupun sebaliknya, yakni Allah melihat kita.. ;)

Thursday, December 13, 2012

wHaT i rEmEmbErEd for??

"benda yang kita hafal nih bukannya nak tunjuk kita nih alim or anythings else. tapi sejauh mane kita paham dan mengambil ibrah(hikmah or pengajaran) dari cerita di sebalik penurunan2 surah tersebut dan amalkan dalam kehidupan seharian kita. kalau setakat hafal tanpa tahu maksud dia sikit2, tidak ada makna"
ha..ayat kat atas ni merupakan ucapan dari seorang rakan ana..cukup ringkas bukan apa yang disampaikan oleh rakan ana..? tapi bagi ana, ia memberikan maksud yang mendalam buat diri ana..selama ini, ana hanya menghafal surah2 lazim tanpa mengambil tahu sedikit pun maksud dan ibrah yang terdapat dalam surah2 tersebut..and once upon a time..

"kena hafal surah2 ni, nanti nak kena tasmi' dengan ustaz ni..kalau x hafaz, segan pula dengan ustaz nanti..silap2 hari bulan, kena 'basuh" pula nanti"
"aiesyhh..minggu depan exam PAI lah pulak..confirm ayat nih masuk dalam exam.."
kalau ustaz or ustazah x suruh, memang boleh dikatakan, tak ada masa lah nak hafaz..no time lah..i'm busy!! 

ibarat pahat dan tukul, skali suruh, skali itulah bergeraknya..tapi bila dah terpaksa, masa yang sempit macam mana sekali pun, kita akan berusaha mencuri kesempatan yang ada untuk membaca dan menghafal dengan bersungguh-sungguh..
habis kembung perut si nyamuk betina hisap darah pon xsedar,malah gatal pon tidak terasa dek lantaran khusyuk menghafaz..
kawan ajak berborak-borak pon tidak dilayan dek lantaran ingin fokus terhadap apa yang ingin di hafaz..
hatta, apa yang berlaku di sekeliling pon tidak diendahkan..terbakar ke ape ke, yang penting aku hafal, lepas tasmi' dengan ustaz, dan lepas exam nanti..
inilah pengalaman ana semasa belajar di sekolah dulu.. ada yang sama macam ana,tak? hihi~

therefore, what i am trying to say is cubalah kita menghafaz ayat2 ataupun surah2 lazim di samping memahami ayat2 tersebut..curi lah masa yang terluang dan kesempatan yang ada, dan juga time muda2 gini lah paling banyak masa free dan juga otak masih fresh..

"ala, tidak ada basic bahasa arab lah..macam mane lah nak faham ayat2 dalam Al-Quran"
opppss! bak kata orang noghori, macam mano eh tu jang? selingan jap.. kasi nyanyi siket! one..two..three..start!
sayang-sayang seribu kali sayang, itu alasan pemalas punya orang!
ok,stop! berhentilah kita memberi alasan dan juga membuat rintangan..bak kata zaman tok janggut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..tapi jangan kita lupa!

kemahuan tinggi melangit pun, kalau tiada usaha, maka jadilah ia seperti habuk.. 
eh, kenapa habuk pula? bila kita tengok sifat habuk..ada pun melekatnya, di tempat2 yang lembap dan basah..hatta, jika ditiup sekuat mane oleh sang angin, habuk itu tidak akan bergerak..yakni menunjukkan diri kita akan tetap kekal di tampuk yang sama jika kita tidak mahu berusaha..

ok, berbalik ke isu tidak memahami bahasa arab tadi, 
belajarlah bahasa arab! =p

ingat senang ke? 
Al-Quran tafsir ada..

ala,  kalau bace terjemahan pon, bukan nya boleh paham pon apa yang nak disampaikan..
sekarang ini banyak buku2 seperti tafsir fi zilal n etc..kalau search di internet pun, kita boleh download..
(tidak disyorkan)

ada lagi alasan?? tepuk dada tanyalah iman kita..

ana baru meniarap, ayuh! marilah kita bersama-sama mengorak langkah..
meniarap-->merangkak-->naik kereta sorong-->berjalan-->berlari-->melompat-->mendaki dan seterusnya!!

tiada istilah LAMBAT, selagi MATAHARI tidak terbit di ufuk BARAT
akhir kata, buat peringtan diri ana dan ikhwah2 dan akhwat2 sekalian.. JANNAH ITU SANGAT MAHAL HARGANYA ;) ishhoni ganbarou! (mari berusaha)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...