Islamic Widget

Monday, November 26, 2012

tAnGGa iLLaHi ;))

assalamualaikum wbt! ;)

sebelum nih entry mengenai balang, maka pada kali ini mengenai tangga plak.. ada apa dengan tangga nih? what is "tangga"? tangga is stairs! hee~ of course lah dalam bahasa omputih nye stairs..tapi, kalau org yang betul2 x tahu tangga itu apa, camne nak terang agak nye?? cepat pikir! ahha~

A : ala, bnda yang org pakai utk panjat nak amik brg yg ada kat tempat yg tggi..
B : kalau panjat, silap2 hari bulan, kalau xberhati-hati, boleh tergolek ke bawah tu..
C : kalau xde bnda nih or malas nk daki, mmg xdpt ler nak capai bnd2 yg ada kat tempat tinggi..

ha! apa macam? puas hati x dengan jawapan kat atas nih? actually, jwpn kat atas nih,semuanya betul belaka dan ada kesinambungan kpd penulisan yg seterusnya..teehee! ;)

jadi, jika dilihat dari definisi yg diberi oleh A, tangga adalah alat yg digunakan utk menggapai objek yg berada di tmpat yg tggi,yg mana dalam erti kata lain ialah wujudnya end point! betul kn? So, sebab itulah pada penulisan ini, diberi tajuk sebagai "Tangga Illahi", bagi menunjukkan jalan yang perlu kita daki untuk mencari keredhaanNya itu berada di tempat yg tggi dan tidak mempunyai end point.. (uishhh~ bile baca balik, mcm berbelit je explaination nye kan..hehe~ )

sebab lain kenapa mengambil analogi tangga ini kerana, semakin kita daki, semakin tggi kita akan berada..jadi, dalam mencari keredhaanNya, semakin banyak kita melakukn ibadat dengan niat yg ikhlas, iman kita pon akan naik, maka semakin tinggilah kedudukan di sisi Ya Rabb.. am i right?? ;)

seterusnya, beralih ke pandangan si B..kalau x berhati-hati, boleh tergolek ke bawah?? agak2 apa benda erk? "kalau x berhati-hati" adalah dimaksudkan dengan cuai ataupun lalai, yakni membiarkn hati, jiwa dan raga kita terbuai dalan keseronokan dunia dan tergoda dengan bisikan2 syaitan.. jd, consequence nya adalah, "tergolek ke bawah" yakni pembayang kepada turunnya ataupun iman kita..maka, apabila sudah tergolek, jatuhlah kedudukan kita di sisi Allah Azza wa Jalla ( selingan..mari belajar bahasa arab siket..The word ‘Azza’ is derived from ‘Izzah’, which means might and power and the word ‘Jalla’ is derived from Al-Jalaal, which means greatness and reverence. Therefore, the term Azza wa Jalla is an attribute of Allaah which means that He is the Owner of Greatness and Reverence and that He is The Most Strong Who is never defeated. Allaah Knows best.. source: www.islamweb.net)

last but not least, renungkanlah jawapan yang diberikan oleh si C..apa yg ingin cuba disampaikan adalah "jika tiada benda nih" yakni, jika kita tdak jumpa jalan atau pun metodologi utk mencari keredhaanNya, dan "malas utk mendaki", yakni tidak mahu berusaha mencari keredhaanNya, maka kita tidak akan mempunyai tempat yang tggi di sisi Allah..dalam erti kata lain, Allah tidak pandang sedikit pun kita.. kerana apa?kerana...


Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
dapat bayangkan kan? jika perkara yg sebaliknya kita lakukan..nau'zubillah.. ;(

jadi, carilah tangga yg kukuh agar kita dapat mendaki ke tempat yang tggi..jgnlah kita lalai dan alpa di pertengahan jalan, kerana apa? kita mungkin akn terjatuh ke tempat yg bawah..iman kita ada turun dan naiknya..umpama kredit telefon, apabila tggal sedikit, hendaklah segera kita topup..kerana apa? kerana bila tidak topup, kreditnya habis, kita akan terputus talian..seperti juga terputusnya talian kita denganNya..

biarlah langkah kita kecil dan tidak sebesar org lain, pabila berlari tidak selaju org lain berlari malah berada paling belakang, biarpun kita terpaksa merangkak pada awalnya, kerana istiqamah itu kunci dalam pencarian RedhaNya, kerana taubat itu penawar kpd luka akibat jatuh kerana kelalaian kita, kerana usaha dan tawakkal itu merupakan bekalan tenaga dalam meneruskan perjuangan..yang akhir nya, kita mampu melintas di sebuah titian yang diumpamakn seperti rambut yang dibelah tujuh, yakni titian siraat sepantas kilat..masyaAllah! usah resah kerana merasakan sudah terlambat, tapi gentarlah jika kita masih tidak mulakan satu langkah pun..dan takutlah jika kita tidak berusaha walau sedikitpun dalam mencari redhaNya.. wallahhu'alam..

akhir bicara, peringatan buat diriku yg pelupa dan makluk yg lemah.. ;) wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...