Islamic Widget
Saturday, February 8, 2014
tabika tanjung sena ulu
Friday, January 31, 2014
sejauh mana hebatnye anda menegur?!
ada sekali tuh ditegur oleh seseorang teman..lembut saje kata2 nye tapi makna nya sungguh dalam..yg mana apabila ditegur, tidak dirasakan seperti satu arahan yang menyuruh kita berhenti berbuat demikian..tetapi sebaliknya, membiarkan diri terpikir2 apakah maksud yang cuba disampaikan..dan setelah berfikir, rasa macam, "oooo..patutlah dia cakap macam tu!"..ha, macam itu lah rasa nye.. cool bukan?
sebaliknya, ada juga teman yg gemar 'menunjukkan kekuasaan' mereka dgn menegur dengan nada suara yang tinggi..memerli dan sebagai nye..walaupun diri ini tidak kisah ditegur sedemikian andai kata ada benar di sebalik kata2 nya itu, tetapi amat ramai yg tidak menyenangi perlakuan sedemikian..
secara jujurnye, jika kita tidak mahu diperlakukan sedemikian dan sedemikian, FIRSTLY, kita lah yg mulakan dulu..we must start first..dalam erti kata lain, respect lah each others dulu..
apabila kita yg lebih tua hendak menegur yg muda, janganlah anggap kata2 kita itu sesuatu yg betul dan mesti dipatuhi oleh org muda..sebagai contoh, gunakanlah nada suara yg sopan bukannya marah2..
dan apabila kita hendak menegur yg tua, gunakan lah cara ataupun saluran yg betul..sebagai contoh, tegurlah mereka secara privasi, kerna yg lebih tua ini biasanya ego nye tggi sedikit..
then, apabila hendak menyuarakan pendapat and even we know they/him/her are/is wrong.. gunakanlah starting ayat dengan "bukan ke bla..bla..bla..?" instead of pointing to them like "NO,U WRONG!".. ini kerana bila guna "bukan ke?" itu menunjukkn kita pon xsure..so, ini memberi ruang untuk kita dan partner kite untuk mncari kebenaran..akan tetapi, bila kita gune "no, u wrong!" itu secara tidak langsung kita telah mematahkan hujah partner kita tadi,kerana kita tidak memberikan masa or ruang untuk partner kita berfikir sejenak dan bertindak..
jadi pikir2lah ye..andai kita jenis seorang y mudah beremosi, janganlah meneruskannya kerana ianya adalah sia2..
***based on my journey of life :p
ketika berbicara anda mampu memenangi bicara tersebut, tetapi anda gagal memenangi hati partner kita sekiranya kita gagal menjaga adab percakapan kita..wallahhu'alam..
Friday, January 3, 2014
awat x post gambar jalan2 kat fb?!
barangkali soalan yg sering diutarakan oleh guru2, ahli keluarga dan rakan taulan yg menetap di malaysia..
nak juga tengok tempat2 yg menarik di jepun..
nak juga tahu perkembangan ayep kat sane..(opps! jgn geli..tuh name panggilan manje..haha~)
mengapa? mungkin mengikut orang, lain pandangan dan pendapat..begitu juga dengan saya,saya juga mempunyai pendapat peribadi..
ya, sememangnya tidak salah untuk post gambar2 tempat yang kita pergi ataupun makanan2 yg sedap terutamanya..
namun, secara jujurnya kadang2 terdetik di hati suatu perasaan seakan-akan menunujuk-nunjuk kepada orang..dan secara tidak langsung juga menimbulkan perasaan cemburu kepada orang lain..
"wah,bestnya jepun!"
"bestnya belajar di negara orang"
itu antara komen2 yg biasa diterima..mungkin pada diri kita ianya hanyalah biasa2 sahaja, akan tetapi pada orang yg melihatnya merasakan betapa mewahnya orang yang belajar di luar negara..berjalan sana sini..makan makanan yg sedap2 dan mahal2..
cuma pada pendapat peribadi, tidakkah kita mempunyai satu sentimen ataupun perasaan yang mana sedang kita seronok berjalan2 makan angin, terdapat insan2 yang sedang menderita..tidak cukup makanan..apakah perasaan mereka?
tatkala membaca post ini, mungkin ada yg merasakan pemikiran saya sungguh kolot..maaf! cuma adakalanya saya tersedar, bagaimanakah yang dikatakan pemikiran junjungan nabi kita Muhammad s.a.w? tatkala ajal datang menjemput baginda, baginda masih lagi mempunyai kerisauan pada umat baginda..
apa yang ingin cuba disampaikan ialah pemikiran secara menyeluruh yakni memikirkan keadaan orang lain..
cukuplah gambar2 yang kita ambil sekadar kenangan untuk diri kita ataupun untuk dikongsikan kepada golongan yang terdekat dengan kita seperti ahli keluarga dan sahabat karib..
wallahhu'alam..sekadar berkongsikan pendapat..tidak semestinya betul ya! terpulang kepada diri sendiri untuk menilai.. :))
bertimbang rasalah ;))
Sunday, December 8, 2013
penat?! tidak cukop masa?! why oh why?
kalau dah masuk musim sejuk ni, ada beberapa hari, dah gelap molek, baru habes kelas..balek dlm sejuk2 naek basikal, menggeletar pon ade..terasa satu hari tuh PENAT sesangat..sibuk dengan urusan dunia, terlupe sebentar, Allah nak tunjukkan bahawa makhluk ciptaanNya itu LEMAH sifatnya..
[4:28]
hari ini nye pulak ada short test or exam..berjaga sampai lewat malam untuk cover semua topik yg masuk dlm exam..tgh2 study rase mengantok, jeling2 siket tgok jam, LAJUnye masa berlalu..tup tup! tertidur, xabes study..exam pon xleh jawab..Allah nk tunjukkan bahawa betapa BERHARGA NYE MASA tu..
[103:1-3]
nikmat2 yg sering dilupakan..antara kesihatan dan masa..
#jomubah #inikalilah
Wednesday, October 9, 2013
sabar sebahagian daripada iman
ya Allah, terus menerus dugaan mendatang..ku cuba berpegang teguh pada prinsip bersabar itu sebahagian drpd iman..
namun, apakan daya, acap kali prinsip yg dipegang menjadi goyah,..ibarat seperti dedaun yang bergoyang tatkala disapa angin yang datang bertandang..yang adakala nya gugur mencium bumi..
benar, sabar itu ada hadnya..namun, bila direnung kembali sabarnya kekasih hati, Baginda Rasulullah s.a.w. , aku sedar, dugaan yg datang tidaklah sehebat dugaan yg terpaksa dihadapi Baginda..
aku hanyalah seorang insan biasa dan begitu jika ingin dibandingkan dengan Baginda..sama sekali terlalu jauh..itulah alasan yg sering kali bermain di minda..
namun, bukankah budi pekerti Baginda itu untuk dicontohi?! Allahhu Akbar..
kadang kala banyak sungguh fikiran kotor yang datang hinggap di benak hati, sehinggakan timbul perasaan amarah..akan tetapi,Alhamdulillah, aku telah dididik supaya bukan menjadi pedendam..
benda yang datang tidak lain dan tidak bukan adalah ujian..
walaupun sedar diri ini cepat sensitif dan mudah marah, ia juga cepat hilang..bila diungkap kembali, sungguh banyak ibrah yang dpt dicungkil..
melihat beliau buat pelbagai benda yang tidak menyenangkan hati, sungguh teruji perasaan ini..teringat pula kisah nabi musa dan khidir
ingin juga dikongsikan kata seorang teman, jangan diluahkan apa yang terbuku di jiwa kepada manusia..sebaliknya kembalilah kepada sang Pencipta..
bila masa berlalu, sedikit demi sedikit, dengan izinNya, aku dapat melihat sesuatu yang sungguh istimewa..bahkan juga, sedikit sebanyak mematangkan diri ini..
walaupun amat sukar dan sungguh terluka untuk menerima apa yang berlaku, moga ia mampu mentarbiyyah hati ini untuk menerima sesuatu dengan lapang dada..setiap yang beliau lakukan pasti ada sebabnya..cuma hati aku yang buta atau sengaja untuk tidak melihatnya..barang kali, sudah banyak titik2 hitam yang melekat di hati..
ya Allah, berikanlah aku kekuatan agar aku mampu menempuhi dugaan yang mendatang ini..moga Engkau berikan hidayah kepada diriku ini..Amin~
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
wallahuallam..
Wednesday, September 25, 2013
aku insan yang lemah
Tuesday, August 20, 2013
kenapa hendak jadi baik?
muhasabah diri bersama ;))