Islamic Widget

Wednesday, October 9, 2013

sabar sebahagian daripada iman

ya Allah, terus menerus dugaan mendatang..ku cuba berpegang teguh pada prinsip bersabar itu sebahagian drpd iman..

namun, apakan daya, acap kali prinsip yg dipegang menjadi goyah,..ibarat seperti dedaun yang bergoyang tatkala disapa angin yang datang bertandang..yang adakala nya gugur mencium bumi..

benar, sabar itu ada hadnya..namun, bila direnung kembali sabarnya kekasih hati, Baginda Rasulullah s.a.w. , aku sedar, dugaan yg datang tidaklah sehebat dugaan yg terpaksa dihadapi Baginda..

aku hanyalah seorang insan biasa dan begitu jika ingin dibandingkan dengan Baginda..sama sekali terlalu jauh..itulah alasan yg sering kali bermain di minda..

namun, bukankah budi pekerti Baginda itu untuk dicontohi?! Allahhu Akbar..

kadang kala banyak sungguh fikiran kotor yang datang hinggap di benak hati, sehinggakan timbul perasaan amarah..akan tetapi,Alhamdulillah, aku telah dididik supaya bukan menjadi pedendam..

benda yang datang tidak lain dan tidak bukan adalah ujian..

walaupun sedar diri ini cepat sensitif dan mudah marah, ia juga cepat hilang..bila diungkap kembali, sungguh banyak ibrah yang dpt dicungkil..

melihat beliau buat pelbagai benda yang tidak menyenangkan hati, sungguh teruji perasaan ini..teringat pula kisah nabi musa dan khidir

ingin juga dikongsikan kata seorang teman, jangan diluahkan apa yang terbuku di jiwa kepada manusia..sebaliknya kembalilah kepada sang Pencipta..

bila masa berlalu, sedikit demi sedikit, dengan izinNya, aku dapat melihat sesuatu yang sungguh istimewa..bahkan juga, sedikit sebanyak mematangkan diri ini..

walaupun amat sukar dan sungguh terluka untuk menerima apa yang berlaku, moga ia mampu mentarbiyyah hati ini untuk menerima sesuatu dengan lapang dada..setiap yang beliau lakukan pasti ada sebabnya..cuma hati aku yang buta atau sengaja untuk tidak melihatnya..barang kali, sudah banyak titik2 hitam yang melekat di hati..

ya Allah, berikanlah aku kekuatan agar aku mampu menempuhi dugaan yang mendatang ini..moga Engkau berikan hidayah kepada diriku ini..Amin~

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

wallahuallam..

Wednesday, September 25, 2013

aku insan yang lemah


ingin sungguh ku luahkan segalanya,
namun apa guna nya?
sekiranya diluahkan pada yang bukan sepatutnya, 
bukankah sudah cukup yang satu tiada duanya..

aduhai hati ini kotor sungguh, 
tatkala ditimpa musibah ku mengeluh,
dikurniakan rezki pun ku mengeluh,
apalagi yang tidak penuh?

biarpun langkah ini tidak laju, 
cuma lakukan apa yang termampu,
kesilapan itu pasti berlaku,
namun, jangan takut untuk maju

biarkan orang mengata, 
sampai bila mahu jadi hamba?
biarkan orang mencerca,
sampai bila mahu termakan suapan kata2 nista?

bukan ingin mengata diriku hebat belaka,
tapi aku ingin berhenti berdusta..
apa guna namaku disanjung penduduk dunia,
sekiranya namaku tertera di pintu neraka..

biar diumpat oleh ribuan orang,
yang haq aku terima dengan tenang,
kerna aku x mampu puaskan hati semua orang,
bila sudah penat dengan sendirinya ia hilang,

aib mu bukan ingin aku teropong,
tapi apa guna nya kata2 dengan tindakan yang kosong?
andai benar di benak jiwa ingin menolong,
mengapa harus mengeluarkan kata2 bohong?

diam bukan bermaksud aku mengalah,
bukan juga bermaksud membiarkan kau bermegah,
kerna jika ditegur benda yg benar dikatakan salah,
jadi aku hanya ingin elakkan punca berbalah.

biar diri dibenci semua orang,
asalkan diri ini Allah sayang..

wallahhu'alam...

Tuesday, August 20, 2013

kenapa hendak jadi baik?

kenapa mahu jadi baik?
jadi biasa-biasa sudah cukuplah..
hello..kalau jadi biasa-biasa, macam mana hendak masuk syurga Firdaus?
if u want more, give more!

kenapa mahu jadi baik?
jadi baik, nanti diri sendiri jugak yang rugi..
hello..xrugi pon..xdapat kat dunia, insyaAllah, will be rewarded later ;p
if all is rewarded at dunia, what will be left for akhirat? hmmm...

kenapa mahu jadi baik?
kadang-kadang tolong orang, bukannya dapat balasan pun..
hello..amalan itu bergantung kepada niat.. kasi check siket (99:7&8) ;))
even a particle, it is counted ok!

kenapa mahu jadi baik?
jadi baik pon, kadang-kadang bila exam, result teruk..
hello..itulah dugaan..akhlak yang baik itu bukan jaminan mahupun gambaran kepada result exam..
if u want something, work on it! DUIT [doa, usaha, istiqamah, tawakkal] =]

kenapa mahu jadi baik?
orang yang join usrah, tabligh n etc, kadang2 sama je buat jahat..cakap je lebih..
hello..Islam is perfect, people are not! =p
hitunglah kebaikan orang lain, nilailah keburukan diri..

kenapa mahu jadi baik?
klau xmahu jadi baik, mahu jadi apa?
hello..hebat sangat ke sampai nak jadi baik pon perlu bersebab?
kalaulah ditanya berapa banyak nikmat yang Allah kurniakan, mampu ke jawab?
kira lah berapa banyak udara yang disedut dan dihembus tu, kalau disuruh bayar nilainya, mampu ke bayar?

muhasabah diri bersama ;))

Sunday, August 4, 2013

ramadhan ;))

alhamdulillah...ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi.. hati ini berbelah bagi, tidak tahu sama ada ianya berita gembira atau pun berita sedih..

bagi orang lain, sudah pastinya ramai yang mengatakan sudah pastinya sedih dan sayu bile ramdhan meninngalkan kita..namun, adakah mereka sebenar2 memaksudkannya? wallahhu'alam.. only Allah knows better than us ;))

akan tetapi buat diri ini, bulan ramdhan kali ini membawa seribu makna buat diri ini..kerana apa? kerana bulan ramdhan kali ini menjadi batu loncatan or booster or catalyst kepada diri ini untuk keluar dari kepompong jahiliah..

kejahilan diri ini bukanlah disebabkan tiada ilmu mahupun pengaruh teman2, namun tiada kekuatan untuk meninggalkannya..walaupun sudah tahu, barang kali membutakan hati untuk menerima fakta..astaghfirullah..

bila dikenangkan semula, terasa diri ini sungguh lemah kerana begitu banyak alternatif2 lain untuk meleraikan tekanan, or in the other word, stress akan tetapi diri ini telah mengambil tindakan jahiliah tersebut..

once dah terjebak, Allahhuakbar...
susahnya untuk berhenti..acap kali, berazam untuk berhenti, acap kali juga kembali terjebak..
diri ini cuba berhenti dengan serta merta, maka dengan serta merta juga diri ini kembali semula..

actually, bila terlalu sibuk, diri ini langsung tidak teringat untuk melakukan perkara jahiliah tersebut.. 

yappari, seperti yang diriwayatkan dalam hadith bukhari, 

"Rasulullah saw bersabda, "Dua nikmat kebanyakan manusia tertipu padanya yaitu kesehatan dan waktu luang"..
Allah..Allah..Allah.. benar sekali~ and i'm one of them.. 
sebab my class is so free, n have a lot of free time..
sadis sungguh... T.T

tapi, Alhamdulillah,syukur sangat2 kerna masih dikurniakan pada hati ini, satu perasaan malu itu..malu untuk berbuat dosa di khalayak..ku cuba untuk tidak melakukannya di hadapan teman2, namun, 
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
saat itu terasa seakan-akan seperti keaiban diri dibuka satu per satu kepada orang lain.. Allahhu akbar..terasa malu yang menebal membuatkan diri terus tabah mencari jalan keluar..i need to quit this jahiliah action..i have to! at the early stage, maybe i could conclude that it's for the sake of people..but now, Alhamdulillah.. i'm not a good people, just wanna be good people..

tertarik dengan quotation from one of the videos from matlutfi,(but my situation not same like that video la..)
kalau x dapat nak berhenti pun, dapat reward untuk usaha berhenti pon ok..

but now, i feel very grateful to Allah swt for giving me strength to stop from doing that such thing..n hopefully, i do not come to do that thing again in any measures.. o Allah, please protect others and me... ;))

lastly, what i'm really want to share, it is not impossible to stop..if u really2 want it, u should work for it..even it takes long time, endure it..if u fall down, stand up n start again..dont bother what the others say to us..dont feel its too late to start, but feel grateful coz still have time to re-make urself..

one said, kalau doa iblis yang Allah murka pun, Allah makbulkan,
maka berdoalah kita dengan penuh pengharapan..
plizz make dua, and dont forget to repent..

wallahhu'alam..

*i'm sure u guys could tell what i had done.. ;) dont shy to change.. =)

Friday, July 5, 2013

terkesan dengan suasana di jepun

alhamdulillah..sudh menjangkau usia setahun lebih berada di bumi sakura..bersyukur sangat2 tatkala mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di negara orang dengan bantuan biasiswa..

pada mulanya, banyak juga bermain di minda, adakah aku membuat keputusan yang betul? ya Allah, susah nya..itulah rintihan yg sering kali bermain di bibir..sering mengeluh, barangkali tidak berusaha.. usaha yang sedikit, tetapi inginkan hasil yang baik, sedangkan usaha hanyalah melepaskan batuk di tangga..apa pun x boleh..;((

namun, dalam meniti arus kehidupan sedikit demi sedikit, aku mula mempelajari sedikit demi sedikit apa erti kehidupan yang sebenar..through common sense, observation, and etc..benda yang mungkin barang kali tidak mampu di gapai melalui pembelajaran di dalam kelas, tetapi melalui liku-liku kehidupan di sini.. frankly to say, di jepun, aku belajar banyak perkara, yg mungkin sedikit sebanyak menjadi catalyst kepada kematangan diri untuk menjadi seorang yang dewasa..tapi dewasa x dewasa sangat laaa....

pada awal kedatangan ke jepun, paling ketara ialah x reti memasak.. haha~ apakan daya, anak lelaki! *ceh, alasan semata-mata.. sekarang pun sama je..tp ade lah sedikit improvement kate orang..orang negeri yang sememangnya peminat makanan yang pedas, bila time masak ikut diri sendiri, maka meranalah housemates yang menjadi mangsa tukang masak tatkala masak ikut taste sendiri..haha~ namun, secara tersiratnya, aku dapat mencungkil sesuatu pelajaran yang mungkin orang lain tidak sedar..

apabila kamu membuat sesuatu perkara, maka bukan sekadar memikirkan diri kit, akan tetapi fikirlah juga apa kesannya kepada orang lain ataupun yang berada di sekitarnya..

kemudian, apabila duduk serumah dengan rakan2, aku barangkali suka mengadu domba dengan orang lain mengenai housemates.. terutamanya bab memasak.. sering kali mengadu si A punye turn memasak, tapi asyik ponteng je..sedangkan,wajarkah aku berbuat demikian? tidakkah aku paham keadaan si A itu? adakah si A saje2 nak ponteng?

hmmm..kemudian, apabila terbaca satu post di fb, housemates dan juga keadaan di rumah merupakan refleksi diri kita..tatkala direnungkan kembali, benar! kenapa rumah bersepah? sebab sama pemalas.. kalau kita rajin, mungkinkah rumah itu bersepah? #quoted 
kalau dicerminkan pada diri sendiri, sendiri masak x sedap, ada hati nak komplain orang lain xnak masak..haha~

keadaan ini mengajar aku apa itu toleransi dalam membina sebuah suasana yang harmoni di rumah dan juga memahami keadaan orang lain..dalam erti kata lain, meletakkan diri di situasi rakan..jika tidak ada toleransi dan tidak cuba menyelami situasi seseorang, maka hilanglah cahaya kemesraan di rumah! 

seterusnya, apabila melihat kawan2 membuat kesalahan, maka lidah ini laju seperti halilintar, mentertawakan serta mengutuk rakan sendiri.. diibaratkan seperti hobi,namun apabila terkena di batang hidung sendiri, mulalah rasa tidak puas hati dan dendam bertakuk di dalam hati nurani..tengoklah, aku akan balas balik nanti detik di hati.. secara sedar dan tidak sedar, wujudlah tompok2 hitam dalam hati,sehinggakan tidak ada satu perkara yang baik pun, bah kan hanya perkara buruk sahaja yang mampu dilihat pada si polan..alangkah, busuk dan kotor nya hati ini.. bila melihat orang yang lebih baik dalam kalangan rakan2, barulah terbuka dek minda,hati dan jiwa..sengaja aku menguji si B utk mengumpat si polan, maka si B menjawab,

biarlah, benda tu sedikit pun x ganggu aku pon.. orang buat benda xbaik, x semestinya kena balas dengan benda yang sama jugak.. tengok contoh teladan Rasulullah, ha... yang ni try carik sendiri..gulp!!! terpempan sat.. nampak sangat xkhatam sirah Baginda s.a.w..sejak dari tu, aku cuba tabahkan hati, sedaya upaya mengawal percakapan iaitu lidah ini, namun still same..ya Allah, lemahnya iman ini.. 

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....

kalau xsilap, dipetik dari kata2 imam al-ghazali, benda yang paling tajam adalah lidah! benar sekali!

perumpamaan iman umat akhir zaman ini diibaratkan seperti senipis kulit bawang..

ini muka poyo! study for exam..hihi~
dulu diri ini x mengenal apakah itu bulatan gembira or happy circle..frankly to say, pada pendapat diri ini, x ade beza pon orang yang join dengan aku ni..bila ditanya apa yang korang buat, ringkas sahaja jawapan dr seorang sahabat, tadarus je..lantaran dek hati yang kotor, ek'eleh, kalau setakat tadarus, bace sendiri pon boleh detus hati..

bila berpijak di bumi matahari terbit, melihat kemanisan ukhwah yang terbina antara ahli2nya, timbul rasa cemburu yang meninggi dalam jiwa.. apa yang membuatkan terjalinnya ukhwah yang sebegitu hebat pada pandangan aku.. walaupun datang join happy circle sebagai seorang penentang pada awalnya, ya Allah, adakah ini yang dipanggil sebagai happy circle?? astaghfirullah.. alangkah jelas kelihatan di hati ini penuh dengan prasangka dan niat yang jahat..

dipetik dari kata2 sahabat, kamu tidak akan dapat kefahaman tentang sesuatu, sehinggalah kamu melakukannya sendiri..
theorically, ibarat kita belajar maths, tidak membuat latihan, adakah kita mampu memahami dan mampu menerangkan nya semula?

the true understanding will not come until we did it by ourselves repeatedly.. wallahhu'alam




Wednesday, May 15, 2013

ilmu mantik

ape itu ilmu mantik?
ilmu kira-kira lah..
ape itu ilmu kira-kira?
ilmu matematik lah..
banyak pulak tanye kan! loyar buruk! #ehh bajet lawak.. :3

nak share something..tapi rasenye semua dh taw kot.. aaa...ana peduli ape, sharing is caring! hew3~

just nak share pasal nak taw muka surat juz-juz dalam buku ayat-ayat cintaNya sahaja..ha..dalam al-quran version rasm Uthmani, ayat2 al-quran ada dibahagikan kepada 30 bahagian yakni juzuk or juz!
dan setiap muka surat juzuk ini boleh dicari dengan mudah.. iaitu nombor juzuk yang ingin dicari didarabkan dengan 2, tolakkan dengan 2 dan kemudian just ditambahkan dengan nombor 2 pada belakangnya.. 

sebagai contoh, jika kita ingin mencari juz 30, maka 30*2-2=58! kemudian, hasil tersebut ditambahkan dengan nombor 2 pada belakangnya,maka jadilah 582! therefore, juz 30 berada di page 582 dalam al-quran version rasm Uthmani!  cube antum2 check, kalau salah, aasif ya!

then, let's check the application of maths to increase our iman and a'mal in our daily life! just see the picture below..



no need to give the answer to me, just answer it in deep in our heart!  

ahaa... how? answer, think, and reflect to ourselves :)

ok, that's all..
mari kita beramal, mudah-mudahan ianya  diterima oleh Allah swt, dan tidak mustahil menjadi asbab kita tidak dicampakkan ke dalam neraka..

sebabnya, pernah terbaca kisah di mana, tatkala Allah swt ingin mencampakkan seorang hambaNya ke dalam neraka berikutan dosa yang dilakukannya, but then,surah or ayat-ayat al-quran claim that "xkan Kau mahu campakkan aku ke dalam neraka sekali? orang ini selalu membaca ku sebelum dia tidur dan menghafaz aku"..ceritanya lebih kurang begitulah..kalau xsilap, this story more on the khafilat of reading surah al-mulk.. ending dia, hamba tersebut telah dimasukkan ke dalam syurga..wallahhu'alam..

bak kata seorang rakan di muka buku, maklumat kat internet nih bukan semua nya betul, perlu ditapis, dikaji dan dipelajari.. hehe~ #quoted 

jadi, selamat mencari dan menimba ilmu ea! dan juga beramal.. kalau ada ilmu lebih2 tu, jangan malu2 untuk share ye wallahhu'alam ;))

Sunday, May 12, 2013

happy mother's day!

selamat hari ibu buat emakku yang tersayang, yang kini berada di malaysia ;) 
but,bak kata UAI, hari ibu bukan nya disambut hanya sekali dalam setahun tetapi tiap2 hari!
 that's totally right!

time kecik2,

tatkala terjaga tengah malam, emak juga turut bangun malam..
didodoikan sehingga tidur semula dan kadangkala sehingga tertidur bersama..especially time sakit..

tatkala buat homework, emak akan tengok2 kan kerja yang buat..
emak selalu bagi komen : buat kerja biar elok2 dan kemas2 nnt senang cikgu nak check..
kalau untuk kelas pendidikan seni,yang ada maen cop2 tu, emak lah yang bersusah payah ambil pelepah pisang, belikan bendi and so on..hehe~

tatkala ada masalah, emak slalu bertanya dan cuba untuk memahami..
walaupun pendirian selalunya berbeza, kebanyakan kata2 emak juga yang betul..

emak selalu buat dan pikirkan tentang anaknya yang degil ini..
emak x jemu2 bagi nasehat dari dulu hingga sekarang..
emak selalu tipu anak nya supaya anaknya ini x risaukan keadaannya..
emak selalu doakan kejayaan anak2 nya..
emak selalu maafkan dosa2 anak2 nya yang derhaka ini..

thanks for everything mom!
especially didikan agama spt mengajar ayep mengaji, solat, berpuasa dan lain2..
di sebalik kejayaan demi kejayaan yang diperoleh adalah berkat doa dari emak juga..
kata2 nasehat dari emak itulah yang menjadi peringatan dan sumber kekuatan, juga motivasi untuk ayep.

maaf yang tidak terhingga ayep pinta dari mu, emakku yang tersayang, 
andai diri ayep selalu menyakitkan hati emak..

i love both of u, not only today, but always and forever!


p/s: ayep jenis anak yang x reti meluahkan perasaan secara depan2, sebab itu ayep mencoretkannya di blog ayep ini..maklumlah, anak emak nih pemalu...flying kiss from japan..muahhh!! hee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...