Islamic Widget

Monday, April 15, 2013

pRiNcIpLe!

bernoulli priinciple.. ??

no..it's not about the science principles..but life principle! ha..did we ever have at least, a principle that we hold tightly in our life? we know about ourselves better than others! hee~

dah lame x gune english, pening kepala nak pikir ayat..kih3~ mari gunakn bi...bahasa ibunda ;)

principle or prinsip hidup...actually, memang x pernah fikirkan sehinggalah menginjak umur 17 tahun..time tu, kire nya form 5.. nak buat majalah tahunan sekolah, tetibe ada pula ditanya mengenai mengenai prinsip yang dipegang dalam hidup..EERRRRRR! pening kepala duduk fikir..

sejak daripada tu, mulalah memikirkan ape benda prinsip hidup yang aku pegang setakat nih..mencari dan terus mencari..akhirnya, jumpa juga..terkesan dengan kata2 dari ayahanda hainizam..x ingat yang exact words, tp lebih kurang lah ye..

***walau sejahat mane sekalipun kita, hatta, kita seorang pemabuk ataupn peminum arak sekalipun, kita wajib or bertanggung jawab menasihati orang lain supaya jangan minum arak
rasanya, macam famous taw ayat ni, tapi x sure ada dalam hadis ke x..so,sebab tertarik n mendapat impak dr ayahanda hainizam kot dengan ayat ni, maka itulah cuba untuk berpegang teguh sehingga kini, dan insyaAllah sampai bila2..

klau x silap, ayat nih menekankan tentang kewajipan berdakwah..jadi kiranye, x kira sama ada kita nih baik ke, jahat ke, kne lah kita sampaikan ye, dakwah...amar makruf, nahi mungkar :)

kadang2 macam selalu juga share something yg baik2, tetapi terasa hipokrit juga sebab tindakan tidak selari dengan akhlak..astaghfirullah ;(

hurm..dulu ada juga terdengar ustaz bercerita tentang seorang sahabat rasulullah s.a.w tapi x ingat pula nama nya..alkisahnya dia seorang 'alim tetapi tidak pernah pun melakukan solat malam..tapi dalam kalangan masyarakat telah heboh mengenai dirinya bahawa dia seorang yang rajin bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud..jadi, disebabkan cerita mengenai nya itu tersebar meluas, beliau tidak menceritakan bahawa dia tidak pernah melakukannya, sebaliknya, semenjak dari itu beliau telah bangun untuk solat malam dan istiqamah pada malam-malam seterusnya..

apa yang ingin disampaikan ialah...

jika sesuatu cerita yang baik mengenai diri kita, 
walaupun kita tidak pernah melakukannya, 
janganlah kita menidakkannya..
tetapi,
berusahalah menjadikan diri kita seperti apa yang diperkatakan,
ianya juga sebahagian dari dakwah,
berdakwah dengan akhlak namanya..

wallahhu'alam


Add caption

Monday, April 8, 2013

cInTa iTu....??

C.I.N.T.A.

Apabila di sebut mengenai cinta,
pastinya terlintas dek hati
bahawa cinta seorang putera kepada puteri,
cinta manusia kepada kekasih hati nya..
terlalu sedikit sekali, apabila disebut perkataan cinta,
kita akan membayangkan cinta seorang hamba kepada Rabb-nya..
betapa miskinnya wahai si hati,
kerana sering mengingati cinta kepada ciptaan
berbanding dengan sang pencipta..


C.I.N.T.A.

cinta itu diibaratkan seperti angin,
Tatkala ia datang bertiup,
keenakan kulit dielus lembut,
rambut dibuai-buai mengikut arus,
mengundang seribu satu ketenangan
dan kedamaian di sanubari.
Namun,
bila ia berhenti menghembus,
lantas titisan keringat mulai keluar dari liang2,
mengundang keresahan di jiwa dan raga,
lalu hilang lah ketenangan dan kedamaian yang dikecapi.


C.I.N.T.A

Bila pintu hati diketuk olehnya,
hadirnya ia tanpa diundang oleh empunya,
tanpa disangka jiwa telah pun dikuasai olehnya,
meskipun beribu halangan muncul dihadapannya,
keringat dikerah dengan apa jua cara,
hasil tabungan sanggup dikorbankannya,
masa terluang digunakan dengan sebaiknya,
biarpun terpaksa merana seketika,
demi memilikinya,
ku cuba sedaya upaya.

diambil dr blog org..gomen ne!

Cinta itu sememangnya fitrah..
namun begitu,
jika tersilap langkah, ianya akan terjatuh menjadi fitnah..


kehebatan cinta itu boleh kita lihat pada dasarnya, iaitu cinta si makhluk dengan makhluk yang lain..
andai kita bisa meneliti arus kehidupan di dunia, maka kita akan melihat si putera sanggup melakukan apa sahaja demi menakluk hati si kekasih hatinya.
 Antara elemen utama ialah pengorbanan MASA, DUIT, dan juga TENAGAyang menjadi ukuran kepada kejayaan yang ingin dimiliki. Maka, tidak hairanlah jika kita melihat seseorang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit, berjam-jam masa nya, dan tenaga demi meraih cinta si dia..

begitulah juga dapat dilihat pada seseorang yang benar-benar mengenali cintaNYA..
NIAT menjadi kunci segala amalnya..IKHLAS menjadi resipi rahsia dalam setiap tindak tanduknya..ISTIQAMAH pula menjadi elemen utama dalam merebut cinta disisiNYA.. 
  
jadi, tidak menjadi perkara yang pelik jika si hamba sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk bangun bermunajat kepadaNYA..mengeluarkan zakat dan menderma di jalanNYA demi menjaga kesucian harta yang dimiliki..dan mengerah keringat demi meraih sesuap rezki yang halal, menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

“memang benar, jika makin banyak benda yang kita belajar, makin banyak benda yang kita tidak tahu. Tetapi apakah sama (kejahilan) orang yang menuntut ilmu dengan orang yang tidak menuntut ilmu itu?”
Jika kita inginkan kejayaan di dunia, kita sanggup korbankan masa, harta dan tenaga kita..mengapa tidak kita melakukan benda yang sama untuk meraih mahupun merebut kejayaan di akhirat kelak? 

The power in our hand. We choose!

Wallahhu’alam ;)

Saturday, April 6, 2013

cAndLe..!!


Lilin...
Tatkala dihidupkan api,
Lantas ia menerangi segenap ruang,
Namun, adakah ianya akan kekal?  Tidak.
Makin dibiarkan makin ia mengecil,
Makin dibiarkan makin hilang sinarnya,
Akhirnya,
Cahayanya padam lalu menjadi gelap gelita.
 

Trust is same like a candle...
Once we betrayed the others’ trust,
It is same like we put a fire towards the candle,
The candle will become short just after and after,
At last, it will disappear ,
And no one will believe again to us.


Our IMAN and deen is like a burning candle,
Use it as the guidance in our life,
The candle become short by time,
If we don’t renew it with the new one,
It also will disappear and no more light to guide us,
Lastly, we’ll lose our direction,
And even our goals and visions.

There are many things that Allah created for us as human beings to take many “ibrah” from HIS creation. This is one of the ways of our creator shows HIS love to HIS creation. But, only a few people, only a SMALL GROUP of people feel very grateful what Allah Azza Wa Jalla had granted to us. How many people, even me also, do really follow the command of Allah swt? How many people do really leave the things which are prohibited by Allah swt? However, many people love to sigh, even dare to blame Allah swt when we prayed to Allah swt and our wishes still do not become true...
Who are we?  What is the position of us next to Allah swt? Lets we seek for the answers deep in our hearts by checking our IMAN and AMAL.. wallahhu’alam J


Monday, January 28, 2013

let's renew our syahadah and recharge our iman!

saat jiwa masih berkelana dgn dosa,
tompok2 hitam kian memenuhi segenap ruang di hati,
terpikirkah dek minda bahawa diri sendiri itu sudah jauh dr rahmatNya?
tetapi, mengapa? dan kenapa?
diri ini masih lagi sibuk mencari kesalahan org lain..

tiada sesiapa yg menjadi mr./mrs perfect di muka bumi Allah ini..

jika peraturan sekolah tidak dipatuhi, kita dibuang sekolah..
finally, for the sake of our future in dunia, 
we try our best to follow n strive our best not to break even a single rule..
which just by human-made rules..

therefore!!

how about the rule made by Allah??
if we cannot follow the command of Allah swt, just get out from the earth,
the creation by Allah..dont we?
for the sake of our dunia and hereafter, 
why dont we sacrifice ourselves try to follow every commands of Allah azza wa jalla?

let's make up our mind my dear respected brothers and sisters?

whoever we are, scholars? engineers? doctors? prime ministers?
we cannot run out from the fact, we are just SERVANT of Allah..
we are nothing! we are zero!
Allah doesnt need us, however,we need Allah..


let's renew our syahadah! and dont forget to recharge our iman! \\(^^,)// 


dosa jangan (+), iman jangan (-)..selamat beramal ;))

Tuesday, January 15, 2013

hari menjadi dewasa ;))

hari menjadi dewasa?? ape benda lah ni, kan? ha.. for those who are thinking like that, u're wrong..kalau nak tahu, actually, kat jepun ni ada hari cuti umum yg diberi nama 成人の日!(seijin no hi).. iaitu meraikan para remaja yg telah mencapai umur 20 tahun (hatachi)..

opsss! lupe plak..seijin bermaksud org dewasa, hi pulak bermaksud hari..

ha! ape yg istimewanya org yg mncapai umur 20 tahun kat jepun ni? siap bg cuti umum tuh!! based on what i heard, ianya adalah hari yg mane para remaja di jepun boleh mula minum sake@arak dan juga menghisap rokok publicly! dalam erti kata lain, sebelom mencecah umur 20 tahun, mereka langsung x boleh sentuh 2 benda nih secara terang-terangan.. but, in reality, diorang x follow pn bnda ni pun..

sopan je saya..hik3~
so, on this day, 2013/01/14 bertempat di uchihama kaikan telah diadakan majlis untuk meraikan saya dan rakan2 yg telah pun mencapai umur 20 tahun.. sekali seumur hidup tu.. hihi~ kami telah dipakai kan "hakama" ataupn something like traditional clothes of japan.. berasa sangat teruja bila dipakaikan pakaian tersebut kerana for the first time i wore it..

byk jugak aktiviti yg dibuat pd hari ini.. kena perkenalkan diri d khalayak ramai.. gementar jugaklah jiwa ni.. keh3~ then, hari ini bukn sahaja untuk meraikan kami yg berumur 20 tahun, tetapi juga sedikit aktiviti pertukaran budaya antara malaysia dan jepun..antaranya ialah melalui masakan.. ade roti jala, nasi lemak dan lain2 lagi yg telah dimasak or disediakan oleh kaum hawa yg mmg power bab masak2 ni..hihi~ memang adat org jepun xmakan bnda pedas, maka sambal nasi lemak yg manis pon dirasakan amat pedas bagi mereka..nak buat guane?? hihi~ lastly, adalah juga permainan bingo yg mane aku telah mendapat porch bag..stylo jugak lah! alhamdulillah ;)



secara keseluruhannya, berasa amat seronok sekali kerana telah diraikan sebegitu meriah.. terharu jugaklah sbb they were willing to prepare many things just to celebrate us, foreign students free of charges.. no entry fee and payments;))


samurai arief!!  XD

hontou ni arigatou gozaimashita ;))


Thursday, January 3, 2013

pOLicE!

ini bukan cerita kena tahan polis mahupun disaman oleh polis yea!! tengah duduk lepak2, teringat ana masa zaman kecik2 dulu.. main "POLICE and thieves"..actually, dulu ingat  name permainan dia "police entry"..hihi~ nak buat guaner, kanak2 hingusan kot masa tu, main follow je ape yang ditangkap dek telinga nih..entah betul ke tidak, tak check pon..
"akan tetapi, dalam ibadah kite kenalah check betul2 supaya kita tahu akan makna atau maksud kita beribadat..in other words, beramal dengan ilmu dan bukannya beramal dengan ikut-ikutan"
ana tertarik dengan kisah seorang polis dengan ketua pegawai polis ketika seorang sahabat berkongsi cerita..
sangat ringkas, akan tetapi memberi impak yang mendalam buat diri ana..

diceritakan bahawa ketua pegawai polis itu telah digantung bekerja selama beberapa bulan oleh sebab2 tertentu..dahulunya, ketua pegawai polisnya suka berpenampilan kemas yakni sentiasa mencukur misai dan janggut beliau..jadi, bila tempoh penggantungan kerjanya telah tamat, maka, beliau pon kembali ke tempat kerja nya seperti sebelumnya..akan tetapi, dengan sedikit penampilan yang berbeza iaitu dengan berkumis tebal dan janggut yang panjat..

tatkala, beliau ingin memasuki pejabatnya, maka, beliau telah dihalang oleh anak buahnya..anak buahnya bertanya,"siapa kamu? kamu tidak dibenarkan masuk!" dengan nada yang agak tinggi dan kasar..namun, beliau pun memberi arahan kepada anak buahnya supaya menjaga perlakuan dan perkataan yang diucapkan tanpa memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar..maka dengan ego yang tinggi sebagai seorang polis, anak buahnya membalas, "tahukah kamu siapa aku?aku seorang polis dan mempunyai kuasa di sini..aku boleh menahan kamu atas sebab memperlekehkan arahan daripada seorang polis"lantas, pegawai polis itu menunjukkan kad kerjanya kepada anak buahnya itu..

maka, bibir membeku lidah tekelu 

daripada ego yang tinggi bertukar menjadi rasa rendah diri 

seperti jurang yang terbina antara langit dan bumi

setelah mengetahui dengan siapa dia sedang bercakap dan meminta maaf..setelah itu, maka, tunduk dan taatlah anak buah itu tadi atas segala perintah mahupun arahan yang dikeluarkan oleh ketuanya tanpa membantah walaupun dengan sepatah kata..

kerana apa? kerana anak buah tersebut sedar bahawa dirinya hanya lah orang suruhan!!

Allahhuakkbar!!!

begitulah kisahnya, apabila org suruhan tidak mengenal org atasan nya..apabila diberikan arahan, maka sudah tentu kita tidak akan patuh mahupun mendengarnya jika kita tidak tahu dari siapa yang memberi arahan terhadap kita..

bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi peringatan buat diri ana juga ;)

jadi, apakah rasioanalnya??
rasionalnya ialah seperti hubungan kita dan sang pencipta kita, ALLAH ya Rabb!

jika kita masih melakukan apa yang dilarang oleh Allah,
jika kita masih meninggalkan apa yang disuruh Allah,
hakikatnya, kita masih tidak mengenal siapa pencipta kita!!

kerana.....
apabila kita mengenal siapa ALLAH,
 maka segala perintah dan larangannya pasti kita akan turuti..
apabila kita sayang pada Allah dan rasulNYA,
maka sunnah itu diamalkan dalam kehidupan seharian..

tatkala susah dan senang,
 di kala langit dihiasi dengan pelangi ,
mahupun badai yang ganas menghempas pantai,
tadahlah tangan dan memohon pertolongan dan apa sahaja dariNya dengan penuh rasa rendah diri

that's the great difference between the creator and the creation!!

the creation: human being
when we demand somethings for the first time, they will give and feel pleasure to help us..
when we demand same things for the second time, probably, they will help us but not with the full of their heart..
when we demand the other things for the third time and above, they will start to feel uneasy with us and try to make a gap between us
or
they will criticize because of unable to stand by own feet!

but...
the creator: Allah azza wa jalla
said...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah, 2:186)


"Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahwasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahwasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)." (Surah Al-A'râf , 7:55-56)

let's think and make a judgement about ourselves!! ;)


Sunday, December 16, 2012

paSswOrD?? nO nEEd, oK!

password?? 
of course diperlukan untuk kita log in ke pelbagai rangkaian2 laman sosial dan lain2 lagi..

tujuan? 
untuk protect akaun kite dari dicerobohi oleh orang lain..

agenda lain? 
tak lain dan tidak bukan adalah untuk protect rahsia segala aktiviti2 kita, bukan?..
facebook, twitter, myspace, mixi, friendster, netlog...dan macam2 lagi lah kan..

absolutely, kita rase segan berbaur rasa malu kalau orang lain tahu apa yang kita buat kan..especially, kalau chat dengan "si dia" dengan "ayat-ayat cinta"..kalau kantoi, confirm rasa macam tak nak keluar dari rumah sudah..hihi~

BUT,,,we always forget that..

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. [49: 18]


Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan. [06: 03]


Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. [24: 64]


GULP!

Allah knows what we are doing! everytime! everywhere! thats what we called as CCTV 24 hours! CCTV 30 days! CCTV 12 months! CCTV until we dead! all are recorded! 
in the others words, Allah does not need our passwords to know either our secrets or what we did! subhanAllah! Maha Suci Allah..
 so, what we're gonna to do, sis n bros? fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah..sebelum kita berbuat sesuatu, fikirkan lah baik dan buruknya..

adakah orang lain akan menyukai apa yang kita buat??                                                        NO! this is not the priority!! 

 adakah Allah akan menyukai apa yang kita buat?? 
YES! this question should be our most priority!!

ingin ana kongsikan sebuah cerita yang mana ketika ana sedang berborak-borak dengan seorang abang W yang sedang buat PhD di jepun.. di jepun terdapat satu culture yang mana dipanggil sebagai 飲み会(nomikai), yakni majlis minum-minum..bukan seperti yang kalian fikirkan, ianya adalah majlis minum arak (yang dalam bahasa kasarnya, air kencing syaitan).. jadi, ketika berborak-borak dengan abang W ni, abang W cerita bahawa sensei nya tidak berapa suka sangat dengan dia..maka, ana pun bertanyalah,

ana: kenapa abang W? abang ada buat salah ke?

abg W: bukan ada buat salah pun..abang selalu diajak oleh sensei abang pergi ke nomikai, dan abang jugak selalu tolak invitation sensei abang..mungkin itu sebabnya kot..

and then, ayat last abg W..
biarlah orang lain tidak suka akan diri kita, tapi biar Allah sentiasa suka dekat kita, betul tak?
panggg!! ana rasa betul-betul tersentap dengan ayat abg W yang terakhir nih..lalu ana hanya mampu tunduk dan mengangguk sahaja tanda mengiakan bait-bait kata abg W.. mashaAllah.. terkedu ana.. bibir membeku, lidah terkelu! (oppsss! over pulak..hihi~)

hebatnya apabila penghayatan konsep ihsan itu ada dalam diri seseorang..ana? ikhwah2 dan akhwat2 sekalian? macam mana penghayatan kita terhadap konsep ihsan yea? hurm, tidak perlu jawab, pandang cermin, soal diri kita sendiri..

in short, ALL OF US ARE BEING WATCHED BY ALLAH SWT every second, every minute, every hour, every day, every month, every year..please be carefull what we want to do!

selamat beramal :)



*note : konsep ihsan ialah seolah-olah kita melihat Allah, ataupun sebaliknya, yakni Allah melihat kita.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...