Islamic Widget

Monday, November 26, 2012

tAnGGa iLLaHi ;))

assalamualaikum wbt! ;)

sebelum nih entry mengenai balang, maka pada kali ini mengenai tangga plak.. ada apa dengan tangga nih? what is "tangga"? tangga is stairs! hee~ of course lah dalam bahasa omputih nye stairs..tapi, kalau org yang betul2 x tahu tangga itu apa, camne nak terang agak nye?? cepat pikir! ahha~

A : ala, bnda yang org pakai utk panjat nak amik brg yg ada kat tempat yg tggi..
B : kalau panjat, silap2 hari bulan, kalau xberhati-hati, boleh tergolek ke bawah tu..
C : kalau xde bnda nih or malas nk daki, mmg xdpt ler nak capai bnd2 yg ada kat tempat tinggi..

ha! apa macam? puas hati x dengan jawapan kat atas nih? actually, jwpn kat atas nih,semuanya betul belaka dan ada kesinambungan kpd penulisan yg seterusnya..teehee! ;)

jadi, jika dilihat dari definisi yg diberi oleh A, tangga adalah alat yg digunakan utk menggapai objek yg berada di tmpat yg tggi,yg mana dalam erti kata lain ialah wujudnya end point! betul kn? So, sebab itulah pada penulisan ini, diberi tajuk sebagai "Tangga Illahi", bagi menunjukkan jalan yang perlu kita daki untuk mencari keredhaanNya itu berada di tempat yg tggi dan tidak mempunyai end point.. (uishhh~ bile baca balik, mcm berbelit je explaination nye kan..hehe~ )

sebab lain kenapa mengambil analogi tangga ini kerana, semakin kita daki, semakin tggi kita akan berada..jadi, dalam mencari keredhaanNya, semakin banyak kita melakukn ibadat dengan niat yg ikhlas, iman kita pon akan naik, maka semakin tinggilah kedudukan di sisi Ya Rabb.. am i right?? ;)

seterusnya, beralih ke pandangan si B..kalau x berhati-hati, boleh tergolek ke bawah?? agak2 apa benda erk? "kalau x berhati-hati" adalah dimaksudkan dengan cuai ataupun lalai, yakni membiarkn hati, jiwa dan raga kita terbuai dalan keseronokan dunia dan tergoda dengan bisikan2 syaitan.. jd, consequence nya adalah, "tergolek ke bawah" yakni pembayang kepada turunnya ataupun iman kita..maka, apabila sudah tergolek, jatuhlah kedudukan kita di sisi Allah Azza wa Jalla ( selingan..mari belajar bahasa arab siket..The word ‘Azza’ is derived from ‘Izzah’, which means might and power and the word ‘Jalla’ is derived from Al-Jalaal, which means greatness and reverence. Therefore, the term Azza wa Jalla is an attribute of Allaah which means that He is the Owner of Greatness and Reverence and that He is The Most Strong Who is never defeated. Allaah Knows best.. source: www.islamweb.net)

last but not least, renungkanlah jawapan yang diberikan oleh si C..apa yg ingin cuba disampaikan adalah "jika tiada benda nih" yakni, jika kita tdak jumpa jalan atau pun metodologi utk mencari keredhaanNya, dan "malas utk mendaki", yakni tidak mahu berusaha mencari keredhaanNya, maka kita tidak akan mempunyai tempat yang tggi di sisi Allah..dalam erti kata lain, Allah tidak pandang sedikit pun kita.. kerana apa?kerana...


Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
dapat bayangkan kan? jika perkara yg sebaliknya kita lakukan..nau'zubillah.. ;(

jadi, carilah tangga yg kukuh agar kita dapat mendaki ke tempat yang tggi..jgnlah kita lalai dan alpa di pertengahan jalan, kerana apa? kita mungkin akn terjatuh ke tempat yg bawah..iman kita ada turun dan naiknya..umpama kredit telefon, apabila tggal sedikit, hendaklah segera kita topup..kerana apa? kerana bila tidak topup, kreditnya habis, kita akan terputus talian..seperti juga terputusnya talian kita denganNya..

biarlah langkah kita kecil dan tidak sebesar org lain, pabila berlari tidak selaju org lain berlari malah berada paling belakang, biarpun kita terpaksa merangkak pada awalnya, kerana istiqamah itu kunci dalam pencarian RedhaNya, kerana taubat itu penawar kpd luka akibat jatuh kerana kelalaian kita, kerana usaha dan tawakkal itu merupakan bekalan tenaga dalam meneruskan perjuangan..yang akhir nya, kita mampu melintas di sebuah titian yang diumpamakn seperti rambut yang dibelah tujuh, yakni titian siraat sepantas kilat..masyaAllah! usah resah kerana merasakan sudah terlambat, tapi gentarlah jika kita masih tidak mulakan satu langkah pun..dan takutlah jika kita tidak berusaha walau sedikitpun dalam mencari redhaNya.. wallahhu'alam..

akhir bicara, peringatan buat diriku yg pelupa dan makluk yg lemah.. ;) wassalam..


Saturday, October 27, 2012

bALAnG oh bALAnG (^_−)−☆

balang? apa kes?ape kaitan erk dengan dengan kehidupan kita ye? jom, kita renungkan..

jika kite diberi ruang dan peluang, serta pilihan antara batu, pasir dan air, yang manakah kita akan masukkan dahulu?dengan syarat, kesemuanya hendaklah ada di dalam balang tersebut..


secara logik akal fikiran nya, jika kita masukkn air sehingga penuh terlebih dahulu, maka, kita akan dapati kita x boleh masukkn batu dan pasir untuk seterusnya, kerana air tersebut akan melimpah keluar..


lantas, kita beralih pula dengan cara dan ideologi yang kedua, yang mana kita masukkn dahulu pasir sehingga penuh sebagai permulaannya.. mari kita berfikir akan consequences nya.. jika kita masukkan air pula, sudah pastinya kita berjaya, kerana pasir itu akan menyerap air.. scientificantly, disebabkan partikel atau pn molekul yg membentuk air adalah lebih kecil dari pasir..
 namun begitu, adakah kita sudah sukses? absolutely NOT! why oh why? unfortunately, we forget about the rock! walaupun kita berjaya memenuhkan balang dengan dua elemen, yakni pasir dan air, tapi kita gagal memasukkn batu ke dalam balang tersebut..


so? what's the solution? of course, there is only a way left..
maka, saya yakin, semuanya mendapat gambaran nya.. setelah melalui 2 cara yang menuju ke arah kegagalan.. hehe bukn kegagalan, bak kata albert eintsein ketika mencipta lampu, dia berkata, saya bukan gagal, tetapi saya menemui sebab kenapa lampu tidak menyala.. think positive brother n sister ;))

amboih, panjang lebar n melencong siket, gomen ne!
 berbalik kepada cerita di atas, the only way or the only last chance to fullfil the "balang"(alamak, lupe plak bi nye ape) with the three elements is by inserting the rocks first, right? selepas itu, by judging what happened at the first step n the second step, we could conclude that, the sand will be the next, while the water is the last one to be inserted in..
saya percaya, semua orang mampu berimaginasi mengenai perkara ini.. apabila kita masukkn batu2 terlebih dahulu sehingga penuh, maka kita pasti akan melihat walaupun batu2 sudahpun memenuhi balang tersebut, namun, kita akan dapati bahawa masih terdapat lagi ruang2 yang kosong..oleh yang demikian, lantas pasir2 dimasukkn bagi memenuhi ruang2 kosong tersebut..seterusnya, air pula dimasukkn, yang mana air tersebut akan diserap oleh pasir seperti mana yang diceritakn di atas..yatto or eventually,the task was completed..


apa yang kita cuba isikan dalam balang itu untuk memenuhkannya lah merupakan satu benda yang paling penting..
jika diikutkan kisah batu, pasir dan juga air,balang tersebut mungkin ianya akan penuh, tetapi mempunyai satu jisim yang berlainan..
bak kata pepatah zaman purba, rambut sama hitam, hati lain2..

so, untuk pepatah zaman modenisasi pula ialah darah manusia.. kalau dilihat dari segi color nya, sudah pasti tiada perbezaan, kerana semuanya red in color..tapi kalau dikaji, type of blood is different..when we want to do the blood transfusion, we should find the compatible patient's blood with donor's blood to make it succes..


balang ini diibaratkan kehidupan kita..
jadi apa yang kita ingin isikan kehidupan kita, kita hendaklah menyusun segala aktiviti kita based on our priority to make our life become more meaningful..
 let's reveal what is the hidden meaning between the rock,sand and water.. rock is significant of the most important things that we should do, while the sand as the things not very important, but we still need to do it sometimes, and last but not least, water is about the something like the decoration in the house, frankly, it's enough even without it,but we just want our house looks perfect with some of the decorations..

as the muslim, we should try to complete the task that was given by Allah azza wa jalla as well as Allah's servant..bring and light out the "nur" of Islam in our life, and we'll find the success in the world and hereafter..that's why if we can manage our life very well, we could get both of it..


bekerjalah seperti mana kita akan hidup buat selama-lamanya, dan beribadatlah kepada Allah seperti mana kita akan mati sekejap lagi

Wednesday, October 24, 2012

mUhAsAbaH dIrI

ya Allah, dalam noda dan duka, diriku yg hina ini masih diberi peluang dan ruang yg amat besar lagi...diberi peluang untuk hidup, diberi peluang untuk memperbaiki diri serta peluang untuk bertaubat..namun, diriku masih lalai dan leka..menghabiskan masa penuh dengan gelak tawa..duniawi menjadi tutur bicara harian..walaupun sedar, mati itu tidak menunggu kita tua, tidak lambat sesaat, tidak cepat walau sesaat, namun peluang yg masih ada, dibiarkan begitu sahaja..
meskipun ada waktu, terasa begitu insaf, namun kenapa hanya masa itu sahaja?? kenapa tidak sepanjang 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun or 1 kehidupan ini?? ku tahu jawapannya, tp kenapa masih lalai lg wahai diri?? lahirnya diriku di muka bumi ini adalah dengan kasih ihsan-Mu,ya Allah..mengapa harus ku tidak merasakan malu atas perbuatan yg dibenci-Mu, ya Allah...
ya Allah, ku perlukan kawan untuk membimbing diriku yg lemah ini ya Allah..berikanlah aq secebis kekuatan para sahabat dalam memperoleh mutiara yg bergelar IMAN..apabila ku sudah peroleh cahaya IMAN, KAU berikanlah hidayah dan petunjuk kepada hamba-MU yg lemah ini, ya ALLAH..agar terus berada dalam nikmat IMAN dan Islam sehingga akhir hayat ku..amin ya Rabb..

mUtIaRa kAtA ;))

Kalau kita kejar pandangan manusia,
Sampai bila-bila pun kita takkan pernah untuk puaskan hati mereka,

Tapi kejarlah redha Ilahi,
Sebab di akhirat nanti bukan manusia yang menjadi juri,
Tapi Ilahi..

Lillahi ta'ala :) muhasabah bersama





#copypaste sahaja

Wednesday, September 12, 2012

yOsH!! gEt nEw MotIvaTioN fOR tOdAy ^^,

hari nih terbaca kisah senior mrsm serting kat muka buku..ya Allah, indah nye beliau kerana bercinta dan dicintai kerana Allah swt.. terkedu membaca ceritanya krn seakan2 dalam drama ayat2 cinta pon ade..jelez2~ hehehe~so, disini ingin dikongsikan cerita beliau..wlaupn panjang, tetapi menarik glerr!! ><

Bismillahi rahmani rahim

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia.. 

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat! 

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful! 

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin! 

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “ 

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.” 

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “

Sekian, Travelog Cinta Nur Adam
begitulah kisah senior mrsm saya dulu..tahniah buat beliau dan isterinya..semoga beliau dan pasangannya kekal sehingga akhir hayat dan diredhai Allah swt~ jazakallah buat senior saddam for your sharing..i'll pray for your happiness~ insyaAllah~ ;))
 

Tuesday, September 11, 2012

summary of summer holiday (^^,)>

hidup di perantauan kini makin serasi..rasa homesick makin berkurangan, alhamdulillah, terasa  ringan sedikit hati..walaupun tahun ini kebanyakkannya adalah pengalaman baru, hati harus dikuatkn dalam meniti liku2 kehidupan di bumi sakura..melihat segala pembangunan teknologi di bumi matahari terbit, membuatkn aku aku kagum sehingga kan kadangkala, menafikan kebesaran Allah Azza wa Jalla..astaghfirullah..

skytree,tokyo(634metre)
summer holiday selama 2 bulan memberikan aku peluang melancong ke tokyo, melihat tokyo tower dan skytree yg menjadi antara daya tarikan pelancong..tokyo tower dengan ketinggian 333m dan skytree, 634m.. hebat, kagum, kaget, semuanya ada..dalam pada masa yang sama, bila melihat ada yang jauh lebih tinggi dr itu iaitu awan dan langit, ya Allah, ciptaan manusia itu tidaklah sehebat mana pun..awan dan langit itu tidak memerlukan tiang mahupun konkrit untuk berdiri dengan gah nya..masyaAllah..

tokyo tower(333metre)









setelah melancong ke tokyo, akhirnya pulang juga ke rumah kedua, di fukuoka, kyushu..terasa kecapekan..kini sudah  pun masuk 11 september, dan sepanjang hari menghabiskan masa dengan ps3, blaja adobe photoshop cs5, maen kamera, dan macam2 lagi..di saat2 pengakhiran bulan syawal ini, diri ini sering kali mengabaikan tanggungjawab terhadap ya Rabb..astaghfirullah.. dikhuatiri puasa yg dilakukan pada bulan Ramadhan yg lalu seakan-akan tidak memberi kesan..bila merasakn kebusanan, maka hiburan yg dicari,bukan yang Maha Penciptanya.."ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah pada hambaMu ini", ameen!

kyushu university by adobe photoshope cs5

alhamdulillah, result exam hampir keseluruhan sudah keluar dan result nye pon alhamdulillah~ namun ade terdapat satu fail..hurm, dan this 25 sept, gonna to retake the exam,,smoga dipermudahkn urusan olehNya..ameen! so, gonna to study the mechanics of materials start from today,, yosh! ganbarimashou! =))

smoga hari yang mendatang jauh lebih baik dari hari-hari sebelumnya,insyaAllah ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...